BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 24 Disember 2010

Why Do Everyone Saying LIke That?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Sekiranya anda membaca Blog saya, maybe anda semua akan tahu saya ini bagaimana orangnya..

Hidup saya telah dibelenggui dilema sejak saya kecil lagi..ini kerana saya hidup mungkin tidak semana yang anda semua sangkakan..memang orang luar nampak saya hidup dengan keluarga yang baik....memang pun..alhamdulillahlah....saya sebenarnya suka dengan family saya, tetapi cuma kekadang ada sahaja segelintir manusia yang suka untuk memecahbelahkan keakraban saki....bukan seorang sahaja, tetapi banyak dari pelbagai sudut.....biasalah,,hidup di dunia ini siapa lah yang mahu orang lain hidup senang,..kami sekeluarga asyik diludahkan dengan caci-maki yang amat mengaibkan...yang menjadikan ianya lebih bertambah sedih,, bukan orang luar sahaja, malah saudara-mara sendiri juga mencaci kami....

Kisahnya begini,, kami mempunyai  empat beradik, dan ayah dan ibu kami menghantarkan kami empat beradik ke sekolah cina...Ya,!!! sound like funny, right?..tpi ia pahit bagi kami....orang lain suka mengcemuh kepada ibu bapa kami, dan suka mengatakan bahawa, "apa lah mereka itu, hendak suruh anak-anak mereka sembah TOPEKONG ape!!!!"...."entah sembahyang ke tidak.??!!!"...itulah yang kebiasaannya kami sekeluarga terima. Bukan apa, ayah dan ibu kami menghantar kami ke sekolah cina kerana sebelum kami bersekolah, rakan karib bapa saya yang berbangsa cina sendiri menyuruh bapa saya masukkan anak-anak ke sekolah cina kerana ianya akan memudahkan untuk lebih bergaul pada masa akan datang, terutamanya tentang BISNESS!!..ya,,memang pun,, kerana sekarang kami adik-beradik selalu dapat tawar-menawar dengan harga yang murah kalau kami beli barang dengan penjual cina...ALHAMDULILLAH..!!!
kesanggupan orang lain suka mencemuh kami dengan sebegitu muang kin mereka cemburu,,dan lagipun, tidak ramai bilangannya kaum melayu menghantar anak mereka ke sekolah cina.. atau ermm..saya p0n tidak mahu ambil tahu...yang penting saya lakukan ini semua kerana ALLAH....

Hasil kesabaran kami sekeluarga, akhirnya kami hidup aman dan bahagia dengan keluarga..dan sekarang kami dapat lihat ramai juga kaum melayu dan ISLAM yang menghantar anak mereka ke sekolah cina....itulah dia manusia, dah terhentak kepala, baru sedar....saya berani mengatakan seperti begini kerana orang yang selalu mencemuh dahulu,, dan sekarang mereka menghantarkan anak mereka ke sekolah yang sama juga....heheh...kelakar jadinya..kan??!!!
bukannya apa,,saya tulis ini bukan untuk mencari keaiban dan kesalahan orang lain, tetapi untuk memberikan iktibar, cadangan, pandangan, dan pengalaman saya.....tapi, tidak mengapa, kerana kami sekarang sudah memaafkan mereka semua,, Alhamdulillah, hidup kami sekeluarga bertambah dimurahkan rezeki dan bahagia...Amin...

0 comments:

iNilaH sye..

iNilaH sye..